WELLCOME TO TANJUNG PINANG,


I made this widget at MyFlashFetish.com.

" RAJA SOP " dari Restoran Selera Nusantara

Restoran Selera Nusantara, Tanjungpinang akan menghadirkan Aneka Resep Sop kegemaran masyarakat dengan paggilan " Raja Sop ".


SOP GEAR BOX

Jika tiada halangan, satu cabang akan di buka di Melayu Square dan satu cabang di Km 8 .

MENU sop tulang, ayam, daging, perut, buntut bukan sesuatu yang asing lagi di kalangan penggemar sop di TPI ini, namun pernahkah anda mendengar Sop "Gear Box", Sop "Urat" dan Sop "Torpedo".

Mungkin bagi setengah masyarakat, ia pelik tapi realitasnya itulah antara menu utama yang ditawarkan di "Raja Sop". Disini terdapat 2 jenis kuah sop disediakan sebagai pilihan pelanggan iaitu Sop Power (berempah) dan sop kampong( warisan). Pelanggan bisa memilih daripada 2 jenis kuah sop ini mengikut citra rasa mereka seperti sop berempah mengandungi 18 jenis rempah ratusa; sop kampung pula perisa asli seperti dimasak di kampung.



SOP TULANG KAMBING

Pelanggan bisa memilih kuah sop mana yang disukai dan campurkan dengan mana-mana bahagian yang di minta. Pelanggan bisa menikmati sop ini dengan Nasi putih atau Nasi lemak.

Selain Sop Urat (Rp15.000 semangkuk), Sop Buntut (Rp18.000) dan Sop Campur(Rp18.000); pengunjung boleh memilih Sop Tulang iaitu Tulang Biasa (Rp15.000) dan Tulang Rusuk(Rp18.000); Sop Urat, ‘torpedo’ dan lidah (masing-masing Rp15.000) serta Sop daging (Rp15.000) atau Sop ‘Gear Box’ Rp 15.000 –Rp45,0000.



ENAKNYA LOH ...SOP GEAR BOX...ERMM

Bagi yang mahu mencuba resipi lain, restoran yang baru di buka pada 12 Feb 2009 itu turut menawarkan menu sampingan yang menyelerakan.

Antara menu menarik seperti Soto Gurindam, Aneka Nasi Goreng dan lain lagi.

Selain menu berkenaan, pengunjung juga boleh memilih pelbagai minuman seperti jus buah-buahan (Rp8.000); Air Kelapa ‘janda pulang petang’ (Rp8.000); Teh Tarik dan Kopi Tarik masing masing Rp6.0000.

Menu special lain seperti Seafood(ikan,kepiting,udang,cumi); Aneka menu Ikan bakar juga di hidangkan memandangkan TPI adalah pulau dan pelancung/wisatawan dari luar sudah tentu tercari seafood yang agak murah, meriah dan beraneka rasa.

Restoran yang dibuka dari jam 8.000 pagi hingga 12 malam setiap hari, sudah pasti tidak mengecewakan pengunjung. Bagi yang berminat menjamu selera di sini boleh menghubungi kami di talian 0812 7061 6599  atau datang terus ke Selera Nusantara, Jl D.I. Panjaitan, Batu 8, Tanjung Pinang. Kepri.

Selamat menjamu selera.